Latar Belakang

PAPUH atau nama penuhnya Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji telahpun ditubuhkan pada 18/6/2015. PAPUH kini telahpun berkembang pesat dan mempunyai keahlian melebihi 400 syarikat pengusaha pelancongan di Malaysia. Kami amat mengalu-alukan syarikat tuan/puan untuk menyertai persatuan agar ia boleh dijadikan sebagai platform yang terbaik untuk mengembangkan rangkaian dan peluang perniagaan di peringkat global.

MISI & VISI

Visi
PAPUH akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan Umrah dan Haji di Malaysia.

Misi
PAPUH akan memastikan bahawa ahli-ahli beretika dalam menjalankan operasi perniagaan secara profesional memenuhi keperluan jemaah Umrah dan Haji dengan menyediakan advokasi dalam industri dan hal ehwal urusan kerajaan, latihan, pendidikan, dan komunikasi sebagai peluang pemasaran bagi ahli.