Kata Aluan Presiden

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana saya diberi peluang dan tanggungjawab untuk mempengerusikan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji atau dikenali sebagai (PAPUH).

Pertama sekali, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) ini merupakan sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia. Keanggotaan ahli persatuan ini adalah terdiri dari syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan para Jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia setiap tahun.

Persatuan ini juga ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua syarikat agensi pelancongan yang menjalankan perniagaan Umrah dan Haji serta memperjuangkan hak-hak dan kepentingan syarikat agensi pelancongan dalam urusan yang berkaitan dengan Umrah dan Haji. Persatuan ini juga bermatlamat untuk menjalinkan perhubungan dengan pihak Jawhar, bekerjasama dengan Pihak Tabung Haji dan bekerjasama dengan pihak Kedutaan Arab Saudi bagi melicinkan urusan Umrah dan Haji.

Akhir kata, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung di dalam persatuan ini.

Dato’ Sri Razali Mohd Sham
Presiden PAPUH